Top Ad

 

Info Terkini

PULAU INDAH, 7 Okt 22 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional telah melaksanakan aktiviti senamrobik dan fun run sejauh 3km pada pagi ini bagi menyahut #HSN2022 pada kali ini. Aktiviti ini melibatkan seluruh warga PHN dan unit-unit di bawah naungan. Terdahulu, acara pada pagi ini telah dimulai dengan penyampaian hadiah bagi aktiviti sukan menembak yang telah dilaksanakan pada bulan Ogos 2022. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah KD SAAS, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. Ayuh kekalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti sukan serta riadah yang baik untuk kesihatan.

  

 

PULAU INDAH, 23 Sep 22 - Majlis Meraikan Pegawai Bersara, Bertukar Keluar dan Masuk telah berjaya dilaksanakan di Wisma Indah, Pusat Hidrografi Nasional. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.  Majlis tersebut adalah bertujuan menghargai dan meraikan pegawai yang bakal bersara daripada perkhidmatan TLDM iaitu Kdr Kamaruddin bin Yusoff TLDM dan Kdr Haniyusman bin Osman TLDM. Seramai 5 orang pegawai bertukar keluar dan 6 orang pegawai bertukar masuk turut bersama diraikan dalam majlis tersebut.  YBhg Ketua Pengarah Hidrografi juga telah berbesar hati menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 bagi pegawai PHN dan unit bawah naungan, penyampaian Sijil Pelantikan Ahli Jawatankuasa Wisma Indah dan menandatangani Buku Scrab Wisma Indah yang mengumpulkan gambar-gambar memori melalui aktiviti yang telah dilaksanakan.  Ahli Wisma Indah mengucapkan selamat bersara dan maju jaya kepada pegawai yang akan bersara dan bertukar keluar serta selamat datang ke Pusat Hidrografi Nasional bagi pegawai yang baru bertukar masuk.

  

PULAU INDAH, 30 Sep 22 - Wisma Indah, Pusat Hidrografi Nasional telah jayanya menganjurkan Kursus Smart Kafan (Pengurusan Jenazah & Ilmu Pengawetan Mayat). Kursus pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM, Pengarah Geospatial, PHN.  Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan tahap ilmu pengetahuan para pegawai khususnya dalam hal-hal fardu kifayah berkaitan tatacara pengurusan jenazah & kaedah pengawetan mayat bagi kalangan ahli Wisma Indah serta merupakan satu wadah bagi meningkatkan lagi semangat esprit de corps di kalangan ahli Wisma Indah.  Kursus ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil telah disempurnakan pada akhir sesi kursus oleh YDP Wisma Indah, Kdr Khairunie bin Mohamed TLDM.

 

 

PULAU INDAH, 9 Sep 22 - Majlis penyampaian cek Bayaran Pampasan Tuntutan Kematian Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia bagi Allahyarhamah 5501145 LK TNL Raihan binti Ahmad telah disempurnakan oleh YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini di Pejabat Ketua Pengarah Hidrografi. Cek bayaran tersebut berjumlah RM63,000.00 telah disampaikan kepada suami anggota iaitu PW II PAP (GI) (Bersara) Muhammad Ismail bin Malek. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat.
 
 
PULAU INDAH, 30 Ogos 22 - Cawangan Agama Islam telah melaksanakan Program #QuranHour Kali ke 8 Tahun 2022 Sempena Hari Kebangsaan Ke 65 bertempat di Wisma Laskar. Masa yang ditetapkan untuk program satu jam bersama al-Quran adalah pada jam 1200H hingga 1300H. Program #QuranHour turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Staf Rancang dan Operasi, Kdr Mohd Shukri Bin Mohd Yusop TLDM bersama-sama 50 orang warga pangkalan. Surah yang dibaca pada program tersebut adalah surah as-Sajdah. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai mulia yang dihayati daripada surah-surah di dalam al-Quran bagi membentuk cara hidup yang membawa kepada matlamat untuk melahirkan warga yang berakhlak mulia dan memupuk kesedaran tentang perlunya al-Quran dalam kehidupan warga serta amalan membaca al-Quran dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Program ini juga dapat menggalakkan interaksi dengan al-Quran iaitu membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan seharian.
 
 

PULAU INDAH, 11 Julai 22 - Cawangan Agama Islam KD SAAS telah melaksanakan Program Ibadah Korban dan Akikah secara gotong royong dengan pihak AJK Masjid al-Qayyum Bandar Armada Putra bersama-sama ahli kariah masjid pada 11 Jul 2022 bersamaan 11 Zulhijjah 1443H. Penyertaan dari Pusat Hidrografi Nasional pada tahun ini adalah sebanyak 3 ekor lembu.

 

 

PULAU INDAH, 27 Julai 22 - Wisma Laskar Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Jugra di Banting, Selangor bagi kesemua ahli wisma . Aktiviti mendaki bukit bertujuan untuk merapatkan silaturrahim di antara ahli wisma. Aktiviti turut diserikan dengan kehadiran Penaung Wisma Laskar, Pusat Hidrografi Nasional, Lt Kdr Mohd Izzat bin Dato' Mohd Noh TLDM. "Pengalaman itu bukan pada puncaknya akan tetapi pada perjalanannya''.
 
  
 
 

PULAU INDAH, 27 Julai 22 - Wisma Pegawai dan Wisma Bintara, Pusat Hidrografi Nasional dengan jayanya telah menganjurkan Paintball Tournament yang bertempat di Paintball Valley Bukit Lagong, Selayang. Aktiviti berpasukan yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk membentuk esprit de corps di kalangan ahli wisma serta menjalin kemesraan di antara pegawai dan bintara di PHN. Paintball Tournament ini telah dimenangi oleh pasukan Bintara B manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan Pegawai A.

 

   

 

PULAU INDAH, 28 Julai 22 - Pengauditan terhadap Pengurusan Kewangan dan Pengesahan Jawapan Accountability Index Monitoring System (AIMS) Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tahun 2022 oleh Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA) Kementerian Pertahanan Malaysia mulai 18 hingga 27 Julai 2022. Pengauditan dan Pengesahan Jawapan AIMS bertujuan untuk memastikan PTJ PHN mematuhi tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa semasa mengurus dan menggunakan sumber berdasarkan objektif yang ditetapkan. Skop pengauditan merangkumi Kawalan Pengurusan, Bajet, Terimaan, Perolehan, Perbelanjaan, Pengurusan Aset dan Stor serta Pengurusan Kenderaan Kerajaan.

 

PULAU INDAH, 1 Julai 22 - Sambutan Hari Hidrografi Sedunia oleh #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional pada pagi ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Turut dilaksanakan acara penyampaian hadiah bagi Anugerah Pegawai, Bintara dan Laskar Berkualiti Suku Tahun, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2021 dan Pemenang Pertandingan Pemasangan Tide Pole dan Pengarasan sempena Hari Hidrografi Sedunia. Tahniah diucapkan kepada pegawai dan anggota yang berjaya dalam setiap anugerah dan pertandingan yang dianjurkan.

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 98

Mingguan 1028

Bulanan 5018

Keseluruhan 238241