Top Ad

 

Info Terkini

21 Jun - Sambutan Hari Hidrografi Sedunia atau World Hydrography Day disambut setiap 21 Jun bagi memperingati hari penubuhan Biro Hidrografi Antarabangsa (IHB) pada 1921 di Perancis. Pada tahun 1970, IHO telah ditubuhkan bagi menggantikan IHB bagaimanapun, IHB masih dikekalkan sehingga kini sebagai badan yang menguruskan pentadbiran IHO. Sambutan HHS telah mula diperkenalkan sejak tahun 2005 apabila perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima Resolusi A/60/30 berkenaan Ocean And Law Of The Sea yang turut memperkenalkan HHS. Pengenalan hari hidrografi sedunia oleh International Hydrography Organisation (IHO) ini telah disambut baik kerana ia dapat memberi publisiti yang sesuai untuk bidang hidrografi. Bagi tahun 2019, seluruh komuniti hidrografi dunia meraikan HHS dengan  tema "Hydrographic Information Driving Marine Knowledge".

19 Jun - Pengarah Kanan Hidrografi merasmikan Majlis Pembukaan Kursus Hidrografi Kategori A (Hydro III) bagi Latihan Praktikal Hidrografi. Kursus berlangsung mulai 19 Jun hingga 29 Jul 19 bertempat di Pusat Hidrografi Nasional.

18 Jun - Bengkel Kemaskini MSS-ENC ke-2 telah diadakan dari 18 hingga 19 Jun 2019 di Pusat Hidrografi dan Oseanografi, Jakarta, Indonesia. Bengkel ini telah dihadiri oleh 9 orang wakil dari 3 buah negara iaitu Malaysia yang diwakili oleh pegawai-pegawai dari Pusat Hidrografi Nasional, Indonesia dan Singapura serta 2 wakil dari Persatuan Hidrografi Jepun. Objektif utama bengkel ini adalah untuk mengumpulkan semua pakar dari negara pesisiran pantai untuk mengemaskini data tinjauan baru yang akan disusun dalam edisi ke-6 MSS-ENC. Di samping itu, bengkel ini juga merupakan landasan terbaik untuk membincangkan masalah penyelesaian masalah sel MSS-ENC. Edisi ke-6 MSS-ENC akan diterbitkan dalam masa terdekat dan dijangka akan terus memberi panduan kepada para pelaut dalam memastikan keselamatan navigasi di laluan perkapalan tersibuk di dunia antara Lautan Hindi dan Laut China Selatan.

12 Jun -  Lawatan Informatif bagi Putera Maktab Tentera Diraja ke Pusat Hidrografi Nasional dalam memberi pendedahan mengenai peranan dan fungsi Pusat Hidrografi Nasional. 

4 Jun - Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada seluruh warga The Navy People dan rakyat Malaysia. Semoga keberkatan Syawal merapatkan lagi silatulrahim sesama kita.‬ Ikhlas daripada warga Pusat Hidrografi Nasional.‬

31 Mei - Pusat Hidrografi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lt Kdr Azmi bin Rosedee TLDM. Beliau merupakan salah seorang General Bathymetric Chart of the Oceans-Nippon Foundation (GEBCO-NF) Alumni Team yang telah berjaya memenangi tempat pertama di dalam Pertandingan Shell Ocean Discovery Xprize di Musée Océanographique de Monaco (The Oceanographic Museum of Monaco).

29 Mei - Ceramah Nuzul Al Quran bertajuk "Al Quran, Ku Damba Syafaatmu” berlangsung di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional telah disampaikan oleh Lt Kol Jihadi bin Hj Ahmad, PS 1 Agama demi memperingati dan memartabatkan kesucian Al Quran di bulan Ramadan 1440H. 

28 Mei - Lawatan Ulung oleh Yang Dipertua (YDP) Kdr Hj. Kamaruddin bin Hj. Yusoff ke Wisma Indah. Suasana yang kondusif mengekalkan keharmonian dan prestasi kerja.

28 Mei - Majlis Perutusan Hari Raya Aidilfitri dan Penyampaian Bungkusan Raya oleh Ketua Pengarah Hidrografi kepada semua warga Pusat Hidrografi Nasional, KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH dan KD SRI KLANG.‬

28 Mei - Suntikan inspirasi kepada warga Pusat Hidrografi Nasional untuk terus cemerlang. Ketua Pengarah Hidrografi menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018, Anugerah Kualiti Suku Tahun Pertama 2019 dan Sijil Pemenang Esei Maritim TLDM 2019.‬

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 178

Mingguan 1326

Bulanan 2335

Keseluruhan 241421