Top Ad

 

Info Terkini

27 Mei - Lawatan oleh Pegawai dan Anggota Kapal JS IZUMO DAN JS MURASAME daripada Japan Maritime Self Defence Force (JMSDF) ke Pusat Hidrografi Nasional memperkukuhkan lagi hubungan antarabangsa antara TLDM dan JMSDF. Warga PHN turut berpeluang berkongsi pengalaman berkaitan hidrografi dengan JMSDF.

26 Mei - Dua buah Kapal Japan Maritime Self Defence Force (JMSDF) iaitu JS IZUMO (DDH) dan JS MURASAME (DD) telah membuat lawatan operasi ke Malaysia dan telah merapat di Bousted Cruise Centre, Pelabuhan Klang, Selangor bermula 26 Mei hingga 29 Mei 19. Lawatan ini bertujuan untuk ulang bekal logistik dan istirehat selain mengadakan sesi Seminar Humanitarian Asistance and Disaster Relief (HADR) melibatkan antara ATM dan agensi berkaitan bencana di Malaysia. Ketibaan kapal turut disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Laut dan Ketua Pengarah Hidrografi.

25 Mei 19 - Junjung Kasih, Kepten Yang Dipertua TLDM. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mencemar duli untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga TLDM di KD LEKIU. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany serta Pegawai-Pegawai Kanan TLDM. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut menyertai solat Maghrib yang diimamkan oleh Pegawai Staf Agama Markas Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ku Ibrahim bin Ku Mohamad secara berjemaah bersama kira-kira 100 warga TLDM di KD JEBAT. 

24 Mei - Dua bersaudara KD LEKIU dan KD JEBAT buat julung kalinya merapat di Jeti Pangkalan TLDM Pulau Indah bagi Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama Warga TLDM yang akan dilaksanakan pada 25 Mei 19. 

23 Mei - Memakmurkan malam-malam sepanjang bulan Ramadan adalah sunat dan amat dituntut oleh Rasullah SAW. Majlis Iftar dan Solat Sunat Tarawih Warga Wisma Indah memperkukuhkan kesatuan ummah antara warga wisma tanpa mengira agama dan bangsa. Jemputan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga ahli wisma. Ketua Pengarah Hidrografi turut hadir dalam mengimarahkan Majlis Iftar dan Solat Sunat Terawih anjuran komuniti Wisma Indah.

17 Mei - Ganjaran Ramadan 1440H buat Leftenan Muhammad Faisal bin Mohmad Zamir TLDM yang dinaikkan ke pangkat Leftenan TLDM mulai 13 Mei 2019. Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai ini dilaksanakan adalah sebagai pengiktirafan kepada pegawai yang dinaikkan pangkat. Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi dan Pengarah Kanan Hidrografi di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional. Ketua Pengarah Hidrografi turut memberikan ucapan kepada pegawai yang dinaikkan pangkat agar terus maju dan cemerlang dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.  Majlis disudahi dengan bacaan doa oleh Lt Muhammad Faisal bin Mohmad Zamir TLDM.

16 Mei - Buatlah orang lain gembira, maka Allah akan mengembirakan kita dengan perkara yang tidak disangkakan. BAKAT (L) PHN turut santuni anak-anak yatim Madrasah Ulum Quran Wal Hadith, Kg Rantau Panjang Klang semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Iftar Pangkalan TLDM Pulau Indah dengan memberi sumbangan duit raya yang disempurnakan oleh Ibu BAKAT (L) PHN Puan Norhiyati binti Hamid dan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SAAS Kdr Mohaizah binti Mohamed TLDM. Bersama Berbakti.

16 Mei - Sumbangkan kasih sayang di bulan Ramadhan Al Mubarak.

Sabda Rasullah SAW yg bermaksud:
‪"Barangsiapa mengambil anak yatim dr kalangan muslimin dan memberinya makan dan minum, Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga kecuali bila ia berbuat dosa besar yg tidak terampuni." ‬Hadis Riwayat Tirmizi.‬

Warga Pusat Hidrografi Nasional santuni anak-anak yatim dari Madrasah Ulum Quran Wal Hadith, Kg Rantau Panjang, Klang sempena Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Iftar Pangkalan TLDM Pulau Indah. Majlis turut disemarakkan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Hidrografi, Pengarah Kanan Hidrografi dan isteri Puan Norhiyati binti Hamid serta pegawai-pegawai kanan.  Warga turut melaksanakan Solat Terawih dan diakhiri dengan jamuan moreh serta agihan bubur lambuk. 

1 Mei - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah menganjurkan Cabaran Joran 2019 sempena sambutan HUT TLDM Ke-85 pada hari ini 1 Mei 19 bertempat di Jeti Tambatan Pangkalan TLDM Pulau Indah. Acara ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 1,760 orang pengunjung termasuk 1,186 pemancing yang berdaftar dari negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Acara telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.15 petang. Sekaligus telah memecahkan rekod kehadiran pemancing yang teramai bagi aktiviti yang seumpama ini di peringkat TLDM.

Sebanyak 44 hadiah telah ditawarkan termasuk 3 hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM 10 ribu untuk tempat pertama, RM 2 ribu kedua dan RM 1 ribu ketiga. Upacara perasmian dan penyampian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi dan telah mendapat liputan daripada Berita Harian, Majalah Umpan dan The New Streets Times Press (M) Bhd. Tiada insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan. Secara keseluruhannya Cabaran Joran 2019 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif penganjuran.

9 Mei - Pegawai dan anggota kapal BNS SHADHINOTA dan BNS PTOTTOY dari Tentera Laut Bangladesh mengambil kesempatan untuk membuat lawatan kerja ke Pusat Hidrografi Nasional bagi mengetahui lebih dekat mengenai bidang hidrografi.

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 45

Mingguan 1193

Bulanan 2202

Keseluruhan 241288