PULAU INDAH, 2 APR 2022 - Mesyuarat Tahunan BAKAT Laut Pusat 2022 yang diadakan pada 2 April 2022 telah berlangsung secara live streaming di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional melibatkan 29 ahli BAKAT PHN, KD SAAS dan KDSK.
Mesyuarat membincangkan tentang penstrukturan semula organisasi BAKAT Laut serta pembentangan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 yang merangkumi aktiviti kebajikan, aktiviti sukan, aktiviti keagamaan, aktiviti masakan, aktiviti kerjatangan dan aktiviti sosial. PHN turut berbesar hati dapat menyantuni ahli BAKAT yang hadir dengan sedikit jamuan makan sejurus selesai mesyuarat tersebut.

