Top Ad



KD PERANTAU

KD PERANTAU

 

 

 

 

KD PERANTAU telah dibina di Pulau Pinang oleh Hong Leong Lurssen Dockyard. Dengan menggunakan kata panggilan antarabangsa 9MNF, yang berdimensi 67.8m panjang dan 13.3m lebar, kapal ini telah digunakan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia mulai 12 Oktober 1998 dengan menggunakan nombor pennant A 151.

Kapal ini telah direka dan dilengkapi khusus untuk operasi pengukuran hidrografi dan melaksanakan pemerhatian meteorologi dan cerapan oseanografi. Ia juga dilengkapi dengan sistem pengukuran terkini untuk navigasi dan hidrografi seperti Integrated Navigation System (INS) jenis Raytheon Anschutz dan Integrated Hydrographic Survey and Management System (IHSMS) jenis KONGSBERG. Turut dilengkapi dengan Sistem Perbezaaan Pemposisian Sejagat (DGPS), Pemerum Gema Berbilang Alur (PGBA), Hull Mounted Acoustic Doppler Current Profiler (ADCP) dan kelengkapan lain untuk operasi oseanografi dan meteorologi. Kapal ini juga memiliki 2 bot ukur yang dilengkapi dengan sistem PGBA bagi melaksanakan pengukuran yang merangkumi kawasan berkedalaman kurang dari 5 meter dan sehingga 500 meter.

Pentadbiran, khidmat sokongan dan penyelenggaraannya adalah di bawah kawalan kuasa Markas Pemerintahan Armada Barat kecuali bidang kuasa disiplin adalah tertakluk di bawah Pusat Hidrografi Nasional. Segala aktiviti pengukuran yang dirancang adalah tertakluk di atas pengarahan Ketua Pengarah Hidrografi.

SPESIFIKASI KAPAL

  • Nombor Pennant: 151
  • Panjang : 67.8m
  • Lebar : 13.3m
  • Kedalaman : 4m
  • Berat : 1515 ton (normal)
  • Kelajuan Maksimum : 16 knot
  • Enjin : Two Deutz MWM SB8 M628
  • Navigasi: Integrated Navigation System (INS) Raytheon Anschutz
  • Raytheon Synapsis X band dan S band Radar
  • Electronic Chart Display and Information System (ECDIS)
  • Automated Identification System (AIS)

SISTEM PENGUKURAN INTEGRATED HYDROGRAPHIC SURVEY AND MANAGEMENT SYSTEM (IHSMS)

  • 2 Pemerum Gema Berbilang Alur Kapal (KONGSBERG EM 712 & EM 2040 MK II)
  • 2 Pemerum Gema Berbilang Alur Bot (KONGSBERG EM 2040P)
  • 1 Pemerum Gema Sisi Alur Tunggal (ODOM Echotrack MK III)
  • Pemerum Gema Alur Tunggal Mudah Alih (DESO 350 & ODOM Hydrotrack MK III)
  • Seafloor Infromation System (SIS 5)
  • KONGSBERG Seapath (Position, attitude, time and heading sensors)
  • Sonar Imbas Sisi (Klein 3900 & 3000)
  • Acoustic Doppler Current Profiler (ADCP-RDI Ocean Surveyor)
  • Sound Velocity Profiler
  • Conductivity Temperature Depth (CTD) Profiler
  • Sub Bottom Profiler
  • Expandable Bathy Thermograph (XBT)
  • Piston Corer

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+603-40160816 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+603-40160846

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 45

Mingguan 1003

Bulanan 9961

Keseluruhan 334765

FIFAWIN78 Bocoran Permainan Online dengan WR Tertinggi Akhirnya Terungkap! Cara Curang Baca Algoritma Anti Rungkad! Trik Jitu Banjir Scatter Bocoran Permainan Online dengan WR Tertinggi Bocoran Pusat Game Online Gacor Jam Gacor Mahjong Ways Online yang Wajib Dicoba Jangan Lewatkan! Pola Mahjong Ways Terbaik Kemenangan Jackpot Terbesar Olympus Rahasia Bot Spaceman Online Gacor Rekomendasi Pola Sweet Bonanza Terupdate 2025