PULAU INDAH, 22 APR 23 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri khas bagi pegawai dan anggota yang bertugas di pagi 1 Syawal telah dilaksanakan di Wisma Laskar, Pangkalan TLDM Pulau Indah seusai Solat Sunat Aidilfitri. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SAAS, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. Pemberian bungkusan raya turut disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi kepada pegawai dan anggota yang bertugas pada 1 Syawal.