LAKSAMANA MUDA (B) DATO’ PAHLAWAN ZAAIM BIN HASAN

PSAT DPTS PAT JSM SMS KAT KMN AMN PJM PPS PPA FIMarEST MSc Dip PSP psc

 

Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan dilahirkan pada 7 Jul 1960 dan merupakan anak Bagan Datoh, Perak. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 5 Jan 1981 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD SRI KELANTAN, KD MUTIARA, KD PERANTAU dan KTD PENYU sebagai Pegawai Navigasi, Pegawai Laksana sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B di Kanada pada 19 Jun 1989.

Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Hidrografi. Selain daripada itu, Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan juga turut terlibat dengan persidangan peringkat antarabangsa seperti Extraordinary International Hydrographic Conference (EIHC) dan East Asian Hydrographic Commission (EAHC). Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan  telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 25 Okt 2001.

Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Zaaim bin Hasan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 25 Okt 2001 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-5. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 14 Jan 2017.


 
 
 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+603-31694555

Fax
+603-31013111

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 


 

 

 

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian 

 

Pengunjung

Hari ini 251

Mingguan 934

Bulanan 6741

Keseluruhan 164242