Sejarah Pusat Hidrografi Nasional bermula dengan pengumpulan data - data batimetri atau pengukuran moden di Malaysia bermula pada tahun 1868 oleh Perkhidmatan Hidrografi Tentera Laut British (PHTLDB) untuk menerbitkan carta - carta nautika British Admiralty. Pada tahun 1964, kerajaan British telah memutuskan untuk membawa keluar semua aset serta platfom hidrografi miliknya dan menyerahkan tanggungjawab pengukuran hidrografi wilayah negara kepada kerajaan Malaysia setelah yakin dengan kemampuan kerajaan Malaysia melaksanakan aktiviti - aktiviti hidrografi tanpa campur tangan mereka.

Tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti - aktiviti pengukuran hidrografi telah diberikan kepada Cawangan Hidrografi TLDM (CHTLDM). Keputusan ini diperolehi dari Keputusan Jemaah Menteri 1972. Justeru itu, CHTLDM merupakan agensi yang mewakili kerajaan di dalam menangani permasalahan yang lebih global seperti isu - isu teknikal persempadanan maritim.

Pada 15 April 2003, bangunan baru untuk CHTLDM telah dibina di Pulau Indah, Klang Selangor dan siap pada 14 Oktober 2005. Dikenali sebagai Pusat Hidrografi Nasional (PHN), infrastruktur dan prasarana bangunan baru yang telah didirikan ini telah menelan belanja sebanyak RM96.5 juta dan beroperasi sepenuhnya dengan keanggotaan 31 orang pegawai dan 71 anggota lain - lain pangkat berserta 3 pekerja am.

Gabungan PHN dan KD SRI KLANG ke bangunan baru di Pangkalan Tentera Laut dan telah dirasmikan oleh Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 19 Disember 2006 dengan nama KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH. Pangkalan ini mempunyai keperluan yang bersesuaian dengan kehendak TLDM serta dilengkapi dengan kemudahan yang serba moden dan berketrampilan yang setaraf dengan negara membangun yang lain.





 
 
 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+603-31694555

Fax
+603-31013111

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 


 

 

 

Paparan terbaik:
Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18
Resolusi 1024 x 768 piksel 


Hakcipta | Dasar & Privasi | Penafian 

 

Pengunjung

Hari ini 41

Mingguan 789

Bulanan 4365

Keseluruhan 151139