Top Ad

ANUGERAH GEOINNOVATION 2020

Tuesday, 20 April 2021 03:28

       Pusat Hidrografi Nasional telah mencipta sejarah apabila telah dianugerahkan sebagai pemenang Geoinnovation Award 2020 iaitu Projek Maritime Chart Service (MCS) dalam kategori Exemplary Geography Information System (GIS) Project oleh Esri Malaysia. Projek MCS adalah inisiatif membangunkan pangkalan data marin dalam menyediakan perkhidmatan dan produk nautika yang lebih berkualiti, berdensiti tinggi, mudah dicapai serta kebolehoperasian selari dengan platform GIS agensi-agensi kerajaan lain di negara ini. Projek ini juga sebahagian dari inisiatif Marine Geospatial 2050 yang menyokong Pelan Transformasi #15 to 5 TLDM.

      MCS merupakan produk yang membolehkan pengguna mengakses Electronic Navigational Chart (ENC) melalui web services. Jika sebelum ini, pengguna memerlukan Electronic Chart Display and Information System (ECDIS) untuk mengakses ENC, namun kini pengguna hanya menggunakan MCS melalui capaian internet bagi memaparkan carta secara digital, malahan pengguna mampu memilih dan mendapatkan maklumat spatial secara on the fly. Proses perancangan pelayaran mahupun pembangunan maritim adalah jauh lebih mudah dilaksanakan secara digital dan dinamik tanpa perlu memikirkan kemaskini sel ENC kerana teknologi atas talian ini memberi kemudahan pengguna dimana segala informasi panduarah sel ENC dikemaskini di server utama. 

      Terdahulu, penerbitan ENC keluaran PHN adalah terhad kepada perkakasan ECDIS untuk dipaparkan. Menyedari keterbatasan ini, PHN melaksanakan inovasi dalam menyediakan perkhidmatan MCS berdasarkan utilization of advancement technology. Platform GIS menyedikan keupayaan yang membolehkan data dan maklumat diproses, dianalisis dan dapat diintegrasi dengan lebih mudah dan meluas. 

      Trofi Geoinnovation Award ini telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Esri Malaysia, Mr Tan Choong San kepada Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan di PHN pada 4 Mac 21. Menurut Ketua Pengarah Hidrografi, pengiktirafan ini menjadi dorongan kuat untuk PHN terus memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju GIS dalam bidang marin di peringkat nasional. PHN seterusnya merancang untuk meneliti keperluan bagi membangunkan beberapa web services seperti ini bagi memupuk budaya kreatif dan inovatif di kalangan warga PHN, menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan serta secara tidak langsung membantu pembangunan sektor maritim dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. 

 

Ketua Pengarah Hidrografi Menerima Trofi Geoinnovation Award 2020 daripada CEO Esri Malaysia

 

Ketua Pengarah Hidrografi Menerima Sijil Penghargaan Geoinnovation Award 2020 daripada CEO Esri Malaysia

 

Trofi dan Sijil Penghargaan Geoinnovation Award 2020

 

LK I HDI Noor Izaty mengemaskini data bagi aplikasi yang dibangunkan

 

BM HDI Fahmi menggunakan aplikasi Maritime Chart Service (MCS)secara atas talian

 

Staf Cawangan Geospatial Marin berbincang mengenai aplikasi yang dibangunkan 

 

 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 115

Mingguan 1045

Bulanan 5035

Keseluruhan 238258