Top Ad

 

Info Terkini

PULAU INDAH, 24 OGOS 23 - Majlis Pemakaian Pangkat bagi Penyelia Hal Ehwal Islam KD SAAS, P/Sjn Abdul Ghani bin Hariff telah dilaksanakan di Wisma Laskar, Pusat Hidrografi Nasional pada 24 Ogos 23. Anggota telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Sarjan mulai 15 Julai 23. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SAAS, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM.

   

SUBANG JAYA,  20 OGOS 23 - Wisma Indah, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah membuka lipatan sejarah di mana buat julung kali Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) diadakan setelah 17 tahun penubuhan PHN dan dihadiri oleh 102 ahli wisma dan pasangan. YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi dan isteri, Datin Nor Hayati binti Abdullah telah berbesar hati hadir dalam majlis yang penuh bersejarah ini. Penganjuran majlis MMR ini amat bertepatan dalam mengekalkan adat serta budaya rejimental yang diamalkan sekian lama, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan sebagai platform yang dapat memupuk semangat kebersamaan antara ahli Wisma Indah dan pasangan. Bertemakan konsep Black & Gold, ahli Wisma Indah terserlah bergemerlapan, anggun dan segak dengan pasangan masing-masing. Majlis MMR ini juga mengambil ruang untuk meraikan ahli Wisma Indah iaitu Lt Kdr Ahmad Shahrin bin Abu Zarin TLDM , Lt Khairul Anwar bin Abdul Wahab TLDM dan Lt Muhammad Shafiq Ridzuan bin Mohd Fadzil TLDM yang bakal menamatkan perkhidmatan dalam TLDM serta meraikan pegawai yang bertukar ke unit baru; Fair Winds and Following Seas. Tidak lupa juga sekretariat majlis MMR ingin mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada unit-unit luar yang memberi bantuan melancarkan majlis iaitu Wisma Samudera, BAKES TLDM, Pancaragam Pusat TLDM, pasangan Juru Acara majlis dari MAWILLA 1, 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD), pihak staf Sunway Resort Hotel dan juga lain-lain bantuan secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya kerjasama dan bantuan dari pihak unit luar amatlah dihargai.

   

   

   

PULAU INDAH, 18 OGOS 23 - Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan, Director General of the National Hydrographic Centre, graciously received a courtesy visit from Senior Captain Zhao Lang and Senior Captain Yang Yanhua, Commanders of the People's Liberation Army Navy (PLAN) 43rd Escort Task Group (ETG 162). The delegation was accompanied by Senior Colonel Zhang Ge, the Defense Attaché of the People's Republic of China's Embassy. The PLAN ETG 162, consisting of the guided-missile destroyer NANNING (162), the guided-missile frigate SANYA (54), and the supply ship WEISHANHU (887), arrived at the Port Klang Cruise Terminal (PKCT) yesterday morning and commencing their four-day goodwill visit to Malaysia. This year marks the 10th anniversary of the comprehensive strategic partnership between Malaysia and China. The friendly port call by the PLAN ships and the courtesy visit to the Chief Hydrographer of the National Hydrographic Centre by the ETG's Commanders will further strengthen defence diplomacy and cooperation between the two nations. A warm welcome to the National Hydrographic Centre from the Royal Malaysian Navy!

   

 

PULAU INDAH, 17 OGOS 23 - Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional, Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 17 Ogos 23. Seramai 12 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.

   

PULAU INDAH,  9 OGOS 23 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dengan sukacitanya telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Laut Pakistan, Laksamana Muhammad Amjad Khan Niazi NI (M) S Bt, bersama dengan delegasinya pada pagi ini. Kunjungan delegasi Panglima Tentera Laut Pakistan merupakan sebahagian daripada siri Lawatan Rasmi ke Malaysia yang berlangsung dari 8 hingga 12 Ogos 2023. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, dengan tulus hati telah menyambut kunjungan barisan delegasi Panglima Tentera Laut Pakistan. Dalam kunjungan singkat ini, Laksamana Muhammad Amjad Khan Niazi telah melawat beberapa bahagian dan cawangan penting di PHN, termasuk Sel Kawalan Mutu, Sel Kartografi, Cawangan Meteorologi dan Cawangan Geospatial Marin.

   

   

PULAU INDAH, 1 OGOS 23 - Pengauditan Terhadap Pengurusan Kewangan dan Pengesahan Jawapan Accountability Index Monitoring System (AIMS) Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tahun 2023 oleh Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA) Kementerian Pertahanan Malaysia telah selesai dilakukan bermula pada 24 hingga 28 Julai 2023. Pengauditan dan Pengesahan Jawapan AIMS bertujuan untuk memastikan PTJ PHN mematuhi tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa semasa mengurus dan menggunakan sumber berdasarkan objektif yang ditetapkan. Skop pengauditan merangkumi Kawalan Pengurusan, Bajet, Terimaan, Perolehan, Perbelanjaan, Pengurusan Aset dan Stor serta Pengurusan Kenderaan Kerajaan.

   

PULAU INDAH, 31 JUL 23 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2022 telah dilaksanakan pada pagi ini di Wisma Bintara, Pangkalan TLDM Pulau Indah. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan. Tahniah dan Syabas buat semua penerima anugerah APC pada kali ini! Ia sebagai suntikan inspirasi kepada warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional untuk terus cemerlang.

   

   

PULAU INDAH, 31 JUL 23 - Courtesy Call on Director General of National Hydrographic Centre, Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan by Commanding Officer of FS BEAUTEMPS BEAUPRE, Commander Pierre Sithamma.

   

LUMUT, 28 JUL 23 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD PERANTAU telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Pegawai Memerintah KD PERANTAU iaitu Kdr Mohd Firdaus bin Mohd Tahir TLDM bertukar keluar ke Majlis Keselamatan Negara dan P/Kdr Ahmad Rizuan bin Hussin TLDM akan meneruskan legasi pemerintahan yang baharu selaku Pegawai Memerintah KD PERANTAU yang ke-15. Tahniah diucapkan.

   

PULAU INDAH, 27 JUL 23 - Prior to the Handing Over of the Coordinator of Malacca and Singapore Straits Electronic Navigational Chart (MSS-ENC) Ceremonial, Vice Admiral TNI Nurhidayat, Chief of Indonesia Navy Hydro-Oceanographic Centre, had the privilege of a heartfelt courtesy call with Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan, Director General of National Hydrographic Centre.

   

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 69

Mingguan 999

Bulanan 4989

Keseluruhan 238212