

Super User
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.
PULAU INDAH, 29 OKT 21 - Cawangan Pencartaan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah melaksanakan Kursus Asas Kartografi ataupun lebih dikenali sebagai Kursus Kategori C Kartografi mulai 18 hingga 29 Okt 21. Kursus ini telah dilaksanakan di Bilik Latihan Kartografi PHN. Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal Pelukis Carta terhadap kaedah dan piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh International Hydrographic Organisation (IHO) dan International Cartographic Association (ICA) dalam kerja-kerja penerbitan carta serta produk nautika. Kursus ini juga adalah prasyarat bagi melayakkan peserta untuk menghadiri Kursus Kategori B Kartografi kelak.
Kursus ini telah dilaksanakan dengan berpandukan silibus yang telah dibangunkan oleh East Asia Hydrographic Commission (EAHC). Seramai 3 pegawai berkepakaran Hidrografi telah berjaya menamatkan kursus ini iaitu Lt Noor Ashraf bin Shaari TLDM, Lt Muhammad Hafidzuddin bin Mohd Norzalan TLDM dan Lt Mohamad Sufi bin Mohamad Noor TLDM. Majlis Penyampaian sijil penyertaan kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Geospatial, Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM. Tahniah diucapkan.



Tagged under
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT (LLP) TLDM DI PHN
Published in
Info Terkini
Saturday, 21 August 2021 01:36
PULAU INDAH, 21 OGOS 21 - Majlis Kenaikan Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM bagi Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan unit bawah naungan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan di Ruang Legar Bangunan Pentadbiran pada 20 Ogos 21. Tahniah diucapkan dan semoga lebih cemerlang demi perkhidmatan. Sedia Berkorban!
Tagged under
PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) FASA KEDUA DOS KEDUA BAGI KELUARGA PHN
Published in
Info Terkini
Wednesday, 18 August 2021 01:28
PULAU INDAH, 18 OGOS 21 - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua Dos Kedua bagi pasangan dan anak berumur 18 tahun warga Pusat Hidrografi Nasional telah dilaksanakan dengan kerjasama PPAT REJ 311 TUDM JUGRA pda 18 Ogos 21. Semua ahli keluarga yang terlibat telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memastikan penjarakan fizikal 1.5 meter, pemakaian pelitup muka dan penggunaan Hand Sanititizer sepanjang program imunisasi berlangsung. Keluarga warga PHN dinasihati agar terus patuhi SOP walaupun telah divaksinasi dan kekal berjaga-jaga dalam semua aspek untuk sama-sama membendung pandemik ini. Lindung Diri, Lindung Semua.
Tagged under
MAJLIS GRADUASI PESERTA KURSUS ASAS PEGAWAI METEOROLOGI (KAPM) SIRI 2020/2021
Published in
Info Terkini
Tuesday, 17 August 2021 01:22
PETALING JAYA, 17 OGOS 21 - Majlis Graduasi Peserta Kursus Asas Pegawai Meteorologi (KAPM) Siri 2020/2021 anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia pada 17 Ogos 21 secara sidang video. Seramai 3 pegawai TLDM berkepakaran hidrografi turut menyertai kursus ini mulai 24 Ogos 2020. Tahniah diucapkan kepada Lt Mohd Fakhrurazzi bin Mohd Shukeri TLDM, Lt Mohammad Nizam bin Azhan TLDM dan Lt Muhammad Hafidz bin Abdul Halim TLDM.
Tagged under
PULAU INDAH, 6 OGOS 21 - Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan menyempurnakan pemakaian pangkat Lt Zamir bin Suparman TLDM yang dinaikkan ke pangkat Lt Kdr TLDM. Tahniah diucapkan dan semoga lebih cemerlang demi perkhidmatan. Sedia Berkorban!
Tagged under
PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) FASA KEDUA UNTUK KELUARGA PHN
Published in
Info Terkini
Wednesday, 28 July 2021 00:58
PULAU INDAH, 28 JUL 21 - Lindung Diri, Lindung Semua. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua bagi pasangan dan anak berumur 18 tahun ke atas warga Pusat Hidrografi Nasional telah dilaksanakan dengan kerjasama PPAT REJ 311 TUDM JUGRA. Semua ahli keluarga yang terlibat telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memastikan penjarakan fizikal 1.5 meter, pemakaian pelitup muka dan penggunaan Hand Sanititizer sepanjang program imunisasi berlangsung.
Tagged under
TAKLIMAT MARITIME SOLUTION & TECHNOLOGY BERSAMA ESRI INC
Published in
Info Terkini
Wednesday, 23 June 2021 04:50
PULAU INDAH, 23 JUN 21 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah dijemput oleh ESRI Inc United State dan ESRI Malaysia bagi sesi perbincangan secara atas talian berkenaan Maritime Solution dan Technology briefing. Perbincangan secara atas talian ini memfokuskan kepada pembangunan yang telah dibangunkan oleh ESRI Inc bagi publikasi dan produk maritim. PHN amat berbesar hati kerana dapat mendengar penerangan dan perkongsian maklumat daripada ESRI Inc Maritime Development Team bagi pembangunan aplikasi dan perisian untuk kegunaan maritim.
Sejajar dengan tema International Hydrography Organization (IHO) '100 years of international cooperation in hydrography', PHN merasakan kepentingan kolaborasi di antara pengguna dan developer perlu diteruskan bagi pembangunan aplikasi dan perisian produk maritim dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi kegunaan komuniti maritim. Esri Inc merupakan ahli kepada kumpulan kerja bagi pembangunan Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI) IHO, seterusnya membangunkan format S-100 Universal Hydrographic Data Model untuk kegunaan maritim secara global.

Tagged under
PHN PEMENANG ANUGERAH SPECIAL ACHIEVEMENT IN GIS (SAG) OLEH ESRI INC.
Published in
Info Terkini
Thursday, 15 July 2021 04:39
PULAU INDAH, 15 JUL 21 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) buat julung kalinya telah dinobatkan sebagai salah satu pemenang anugerah Special Achievement in GIS (SAG) oleh Esri Inc, United State. Pengumuman ini telah dilakukan semasa persidangan User Conference Esri 2021 (UC21) secara maya terbesar di dunia pada 12 Julai 2021. Anugerah ini secara langsung telah mengiktiraf pencapaian PHN dalam mengendali aplikasi GIS di peringkat nasional. Antara faktor utama yang membawa kepada kemenangan ini adalah kerana keunikan PHN yang mana hanya satu satunya agensi kerajaan di Malaysia yang mengurus dan mentadbir infrastruktur data persekitaran marin negara menggunakan aplikasi ArcGIS. Pemilihan pemenang untuk anugerah ini dilakukan sendiri oleh Presiden Esri Inc iaitu Jack Dangermond (Father of GIS). Hanya 100 agensi terpilih sebagai penerima anugerah SAG daripada 100,000 pencalonan pengguna aplikasi ArcGIS seluruh dunia. Sejajar dengan penganugerahan ini, PHN telah dijemput mewakili pengguna ArcGIS di Malaysia untuk menjadi panel di dalam sesi Special Interest Group (SIG) bagi Sektor Maritim pada 15 Julai 2021 jam 2145H yang akan diadakan secara maya.
Jemputan khas ini merupakan yang julung kalinya bagi agensi kerajaan Malaysia untuk berkongsi maklumat pencapaiannya di persidangan peringkat global ini secara live. Ianya merupakan suatu pengiktirafan yang membanggakan dan menjadi batu loncatan kepada PHN untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti pembangunan infrastruktur spatial marin negara. PHN yang diwakili oleh Pengarah Geospatial iaitu Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM akan berkongsi secara langsung berkenaan projek pembangunan MyMarine GeoHub Database dan Maritime Chart Service di dalam sesi SIG ini.

Tagged under
PULAU INDAH, 28 MEI 21 - Tahniah dan syabas buat warga Pusat Hidrografi Nasional kerana lulus dan berjaya mengekalkan kecemerlangan Sijil MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2021. Audit Pemantauan ISO 9001:2015 bagi PHN telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Mei 21 secara "Remote Audit" oleh Encik Ab Latif bin Kamarulzaman selaku Ketua Auditor dan dibantu oleh En Mohamad Khairul Fadhzrullah bin Mohamad daripada SIRIM QAS International
Tagged under
PULAU INDAH, 7 MEI 21 - Rekod tercipta apabila 107 beg darah berjaya didermakan oleh warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) di dalam Program Derma Darah sempena Hari TLDM Ke-87 yang berlangsung semalam sejurus selepas Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Berbuka Puasa Pangkalan. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Doktor dan Anggota KKD dari 95 HAT MIZAN, 94 HAT TERENDAK dan Markas 11 Briged kerana bertungkus lumus menjayakan Program Derma Darah PTPI. Terima kasih warga PHN! 1 beg darah mampu selamatkan 3 nyawa.
Tagged under