Top Ad
Super User

Super User

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT LK I

Published in Info Terkini
Friday, 31 January 2020 03:53

PULAU INDAH, 31 JAN 20 - Majlis Pemakaian Pangkat Laskar Kelas II kepada Laskar Kelas I di Dewan Wisma Laskar Pangkalan TLDM Pulau Indah telah disempurnakan pada 31 Jan 20 oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md. Said serta Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Mohaizah binti Mohamed TLDM. Seramai 11 anggota berpangkat LK II dari pelbagai kepakaran telah dinaikkan ke pangkat LK I. Tahniah diucapkan dan Sedia Berkorban!

 

SKUDAI, 23 JAN 20 - Majlis Penutup Program UTM Hydro II FIG/IHO/ICA Category A Sesi 2019/2020 telah berlangsung di Kayangan Suite, Pulai Spring Resort, Johor. Program ini telah dilaksanakan selama 53 minggu, bermula pada 20 Jan 19 yang lalu. Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada 4 x Pegawai PHN dan 4 x firma ukur berdaftar. Setamatnya program, para peserta secara rasminya telah layak menjadi Juruukur Bertauliah Kategori A yang diiktiraf oleh International Hydrographic Organization (IHO).

Program UTM Hydro II FIG/IHO/ICA Category A merupakan salah satu program kolaborasi di antara UTM dan PHN. PHN sentiasa memandang serius terhadap kualiti juruukur hidrografi di negara ini agar proses pengumpulan data dan penghasilan produk hidrografi memenuhi spesifikasi serta piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan pelayaran. PHN juga mengendalikan subjek Seamanship and Navigation, Hydrographic Survey dan Hydrographic Field Survey Project dalam merealisasikan perkara tersebut.

Majlis Penutup telah disempurnakan dengan acara penyampaian sijil tamat program dan ucapan penutup Ketua Pengarah Hidrografi telah disampaikan oleh Kdr Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM, Pengarah Geospatial yang hadir mewakili Ketua Pengarah Hidrografi. Majlis juga telah dimeriahkan dengan tayangan video montaj khas hasil nukilan peserta sebagai tanda penghargaan dan kenangan sepanjang program.

 

 

Sesi Bergambar

 

     

Ucapan Oleh Pengarah Kursus dan Pengarah Geoinfomasi

 

Ucapan Penutup Oleh Pengarah Geospatial

 

Penyampaian Cenderahati Oleh Penganjur

 

PULAU INDAH, 16 JAN 20 - Taklimat Persembahan peserta Kursus dan Majlis Penutup Hydrographic Field Survey Project bagi kursus UTM Hydro II FIG/IFO/ICA Category A Sesi 2019/2020 telah berlangsung di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional. Seramai 8 orang peserta kursus UTM Hydro II FIG/IFO/ICA Category A telah mempersembahkan hasil pengukuran hidrografi mereka dengan jayanya di hadapan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan dan Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Mohd Razali bin Mahmud.

Ini merupakan disiplin terakhir yang diperlukan oleh peserta kursus setelah menjalani kursus selama 53 minggu bagi membolehkan mereka menjadi Juru Ukur Bertauliah Kategori A yang diiktiraf oleh International Hydrographic Oranization (IHO). Walaupun dinamakan latihan praktikal, aktiviti pengukuran yang dijalankan merupakan pengukuran hidrografi sebenar, yang dijalankan secara menyeluruh oleh peserta kursus, dengan diselia oleh Pegawai Staf PHN. Hasil pengukuran akan melalui proses kawalan kualiti untuk memastikan ianya mencapai spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan bagi penghasilan carta nautika.

Sebagai sebuah entiti hidrografi nasional, PHN sentiasa memandang serius terhadap kualiti juru ukur hidrografi di negara ini agar proses pengumpulan data dan penghasilan produk hidrografi memenuhi spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan pelayaran. Berlandaskan kepada kepercayaan dengan tujuan dan matlamat yang sama iaitu bagi menghasilkan juru ukur yang kompeten dalam bidang hidrografi, PHN telah berkolaborasi dengan pihak UTM bagi mengendalikan subjek Hydrographic Survey dan Hydrographic Field Survey Project yang merangkumi kursus Hydrography Category B, Hydrography Category A dan Hydrography Category A (PEJUTA) sejak tahun 2018 yang lalu.

Tahniah diucapkan buat kesemua peserta kursus!

Ucapan oleh Ketua Pengarah Hidrografi

 

Taklimat persembahan oleh salah seorang penuntut kursus

 

Penuntut Kursus selesai Taklimat Persembahan 

 

Bergambar kenangan di hadapan Wisma Indah

MAJLIS 3 DALAM 1

Published in Info Terkini
Thursday, 09 January 2020 08:54

PULAU INDAH, 9 JAN 20 - Majlis Pemakaian Pangkat, Penyampaian Sijil Anugerah Kualiti Penggal Keempat dan Penyampaian Sijil Penghargaan Program Body Mass Index (BMI) bagi Warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada 9 Jan 2020.

Majlis didahului dengan Majlis Pemakaian Pangkat dan seramai 7 anggota PTPI telah dinaikkan pangkat iaitu:
1) PW I PRL Mohd Zainuddin bin Ibrahim.
2) PW I HDI Mohd Suhaimi bin Mustafha.
3) PW II HDI Zakaria bin Awang.
4) PW II HDI Riduan bin Sojod.
5) BM PAP (GI) Mohd Shamsul bin Yahya.
6) BM PNK Norlida binti Hj. Ab. Hamid.
7) LK TNL Abdul Hakim bin Samsudin.

Bagi penyampaian Sijil Anugerah Kualiti Suku Tahun Keempat, Lt Kdr Mohammad Azmi bin Rosdee TLDM telah dipilih bagi Kategori Pegawai manakala BK HDI Amir bin Idris bagi Kategori Bintara dan Kategori Laskar Kanan ke Bawah, LK PWP Muhammad Hilman bin Awang Hamat telah terpilih.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Program BMI kepada 3 x anggota yang telah menunjukkan penurunan BMI setelah mengikuti Program BMI anjuran KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS). Sijil telah disampaikan kepada BK HDI Zakaria bin Awang, LK HDI Mohd Azuar bin Hashim dan LK HDI Mohd Khairul Azhar bin Ahmad Zuki. Syabas dan tahniah diucapkan.

Anggota yang dinaikkan pangkat bergambar bersama Ketua Pengarah Hidrografi

Penerima Anugerah Kualiti Penggal Keempat 2019

Penerima Sijil Program BMI

KEEP CALM AND ENJOY NHC FUN DAY

Published in Info Terkini
Tuesday, 10 December 2019 04:14

SUBANG, 7 Dis 19 - Sambutan Hari Keluarga Pusat Hidrografi Nasional (PHN) bagi tahun 2019 telah disambut meriah pada 7 Dis 19 di Kelab Menembak Selangor dengan slogannya "Keep Calm and Enjoy National Hydrographic Centre Fun Day". Sambutan Hari Keluarga 19 (HK19) ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada ahli keluarga warga Pusat Hidrografi Nasional yang menjadi tulang belakang dalam menyokong kerjaya pasangan masing-masing disamping mengeratkan hubungan sesama warga.

Warga PHN dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Maroon, Biru, Kelabu dan Hitam. Setiap kumpulan berjaya mewujudkan tema dan maskot mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Sambutan dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya dirasmikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said. Pelbagai acara sukaneka telah dianjurkan dan pemenang ditentukan berdasarkan jumlah kutipan mata setiap kumpulan.

Juara bagi HK19 telah diungguli oleh Kumpulan Pirate Black. Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Royal Blue dan tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan Light Grey manakala Kumpulan Maroon Heart di tempat keempat. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat memeriahkan Sambutan Hari Keluarga PHN 2019.

           Pulau Indah, 27 Nov 19 - Pangkalan TLDM Pulau Indah telah melaksanakan Program Jiwa Murni di Surau Asy-Syakirin Laguna Park. Program ini disertai oleh 30 orang penduduk setempat dan 80 orang pegawai, anggota serta kakitangan awam dari Pangkalan TLDM Pulau Indah. Program ini merupakan kerjasama warga Pangkalan TLDM Pulau Indah bersama masyarakat setempat dan turut dihadiri oleh Pengarah Geospatial Kdr Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM.

            Program ini bertujuan untuk menyemai semangat kerjasama di samping dapat meningkatkan kesejahteraan kualiti hidup yang sihat, memupuk perpaduan di antara satu sama lain serta dapat memasyarakatkan warga Pangkalan melalui aktiviti gotong-royong dan kerjasama dengan masyarakat setempat. Di antara kerja-kerja yang dilakukan adalah pembersihan di sekitar luar dan dalam kawasan Surau, mengecat pembahagi jalan, memangkas dahan pokok, trim pokok bunga, mesin rumput, menyusun buku, mencuci kolam wuduk dan membersihkan permaidani.

            Secara keseluruhannya program ini telah mencapai objektif yang diinspirasikan dan kejayaan ini berkat kerjasama antara warga Pangkalan TLDM Pulau Indah dengan penduduk Surau Asy-Syakirin Laguna Park,Pulau Indah. Di akhir program Pengerusi Surau iaitu Encik Ariff bin Muhamad mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh warga Pangkalan dan penduduk setempat.

 

 

 

TANJUNG PENGELIH, 7 Nov 19 -  Mesyuarat Jawatankuasa Hidrografi Negara (JHN) Ke-26 telah berlangsung pada 7 Nov 19 pagi di Wisma Seri Bayu, KD SULTAN ISMAIL, Tanjung Pengelih, Johor.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi dan turut dihadiri oleh 12 Agensi Awam, 3 Agensi Swasta dan 2 Institut Pengajian Tinggi Awam. 

Mesyuarat JHN ini adalah sebagai satu platform yang mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang hidrografi dan menyatukan komuniti yang aktif dengan hidrografi di bawah satu badan yang bermandat. Berdasarkan rekod, JHN telah ditubuhkan pada tahun 1987. Dengan wujudnya JHN ini, kerjasama perkongsian data dan aktiviti-aktiviti di antara agensi yang berkepentingan dalam hidrografi khususnya dan maritim amnya dapat diselaraskan dengan baik.

Mesyuarat selesai pada jam 1700H petang dan seterusnya ahli mesyuarat telah diraikan dengan majlis Ramah Mesra di Wisma Seri Bayu, KD SULTAN ISMAIL. Ahli mesyuarat turut diberi peluang melawat Pangkalan Maritim Abu Bakar pada keesokan harinya iaitu sebuah pangkalan milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terletak di Batuan Tengah. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada perwakilan JHN tentang kepentingan pangkalan tersebut yang berperanan mengawal kedaulatan wilayah laut negara. Secara amnya, mesyuarat kali ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan.

 

Pendaftaran Kehadiran Ahli Mesyuarat

 

Gambar Berkumpulan Ahli Mesyuarat JHN

 

Mesyuarat JHN sedang berlangsung

 

Penyampaian cendera hati kepada Pegawai Memerintah Pangkalan Maritim Abu Bakar


Makan malam MJHN Ke-26

Penyampaian cendera hati kepada salah seorang peserta MJHN

 

KUALA LUMPUR, 24 Okt 19 – Mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) telah berlangsung pada jam 9.45 pagi di Bilik Mesyuarat 1, Telekom Malaysia Convention Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat JTMM ini telah memasuki siri ke-12 penubuhannya yang mana JTMM bertujuan untuk menzahirkan hubungan kerjasama antara Agensi Kerajaan dan Government Linked Companies (GLC) melalui perkongsian maklumat geospatial marin di negara ini.

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) juga adalah seiring dengan Pelan Strategik Pusat Hidrografi Nasional untuk menyediakan platform Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI) di Malaysia seterusnya menyokong pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara iaitu Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI).  MyGDI merupakan platform perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi pembekal dan pengguna sekaligus mengelakkan pembaziran daripada aktiviti-aktiviti bertindih dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyaluran maklumat geospatial yang diperlukan untuk tujuan perancangan, pengawasan dan penguatkuasaan terhadap sumber marin negara di kalangan jabatan Kerajaan dan agensi berkaitan.

Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh YBhg Laksamana Pertama Dr Najhan bin Md Said, Pengarah Kanan Hidrografi. Seramai 44 delegasi daripada 22 agensi-agensi kerajaan dan GLC yang mana merupakan ahli JTMM hadir di dalam mesyuarat ini.

Antara agenda yang dibincangkan adalah maklum balas dari perkara-perkara berbangkit daripada siri mesyuarat yang lepas serta membincangkan status terkini penyediaan infrastruktur data geospatial marin di Malaysia. Sesi mesyuarat juga diisi dengan sesi perkongsian maklumat daripada ahli JTMM. Terdapat 4 pembentangan pada Mesyuarat JTMM kali ini. Pembentangan pertama dan kedua daripada PHN iaitu Status Pangkalan Data MyMarine Geo-Hub yang disampaikan oleh Lt Astitie Hartatie PSSTLDM dan Pengenalan IHO S-100 Universal Hydrographic Data Model yang disampaikan oleh Kdr Kamaruddin bin Yusoff TLDM. Seterusnya adalah pembentangan daripada Petronas bertajuk Using GIS Web Map Application for Managing and Monitoring Oil and Gas Asset in Petronas yang disampaikan oleh En Mohamad Zahari bin Mokhtar. Pembentangan terakhir adalah daripada Malaysia Space Agency (MySA) bertajuk Kerjasama MySA dan PHN disampaikan oleh Kolonel Razak bin Sipit. Melalui mesyuarat ini juga, satu keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Kumpulan Kerja S-100 Universal Hydrographic Data Model dalam menyediakan keperluan maklumat marin berdasarkan produk-produk spesifikasi S-100 Universal Hydrographic Data Model.

Mesyuarat selesai pada jam 13.10 tengahari dan seterusnya  seterusnya kesemua ahli mesyuarat menikmati juadah makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak Telekom Malaysia (TM). Mesyuarat JTMM Ke-12 ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang di gariskan dengan kerjasama erat pihak penganjur iaitu TM serta seluruh ahli JTMM.  Seterusnya Mesyuarat JTMM ke-13 dirancang akan dilaksanakan pada bulan September 2019 bertempat di Jabatan Meteorologi Malaysia. Pusat Hidrografi Nasional mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat.

 

Kunjungan Hormat Pengarah Kanan Hidrografi Ybhg Laksamana Pertama Dr Najhan bin Md Said kepada En Firman Johari Nasir, General Manager Carrrier Network Development, TM Global.

 

Laksamana Pertama Dr Najhan memberikan cenderahati kepada wakil Telekom Malaysia.

 

Sepanjang mesyuarat dijalankan.

Pembentangan oleh Ketua Pegawai Staf Geospatial, Kdr Kamaruddin bin Yusoff TLDM

 

 

PULAU INDAH, 26 Sep 19 – Mesyuarat Ke-16 Jawatankuasa Geospatial Pertahanan (JGP) telah berlangsung pada jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Batimetri, Pusat Hidrografi Nasional. Mesyuarat kali ini adalah pertama kali diadakan di PHN yang mana telah menjadi hos bagi lokasi mesyuarat ke-16 ini selepas Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada mesyuarat siri yang lepas.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Leftenan Jeneral Datuk Kamalruzaman bin Mohd Othman, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg Sr Dr Azhari bin Mohamed selaku Penasihat Jawatankuasa. Terdahulu, Penasihat Jawatankuasa turut menegaskan bahawa Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan terus menyokong dan menyediakan semua keperluan pemetaan dan perkhidmatan geospatial bagi keperluan ATM sebagaimana mandat Kerajaan Malaysia melalui persetujuan Jemaah Menteri pada 31 Mac 1965. Seramai 25 delegasi wakil daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan  5 agensi-agensi kerajaan berkaitan pertahanan yang mana merupakan ahli JGPhadir di dalam mesyuarat ini.

Mesyuarat JGP merupakan persidangan yang penting dalam memperkasakan penggunaan maklumat geospatial kepada ATM. Antara agenda yang dibincangkan adalah maklumbalas dari perkara-perkara berbangkit dari siri mesyuarat yang lepas serta membincangkan perkara-perkara baharu yang telah dibangkitkan. Sesi mesyuarat juga diisi dengan sesi penerangan danstatus perkembangan pengoperasian pangkalan data geospatial di dalam persekitaran selamat melaluiDefence Geospatial Information Management (DGIM) yang telah disampaikan oleh Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP).

Mesyuaratselesai pada jam 12.45 tengahari dan seterusnya ahli mesyuarat mengambil peluang membuat lawatan ke Kapal Republik Indonesia BIMA SUCI (KRI BIMA SUCI) yang berlabuh di jeti PHN.Berdasarkan rekod, mesyuarat kali ini pertama kali diadakan di PHN dan ianya berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan.

Johor Bahru, 26 Ogos - PHN melaksanakan Obligasi Nasional. Pengarah Geospatial Kdr Lukman Hanafiah TLDM dan Lt Kdr Azmi Rosedee TLDM menghadiri Mesyuarat Persediaan Malaysia Singapore Joint Committee on Environment (MSJCE) bertempat di Jabatan Alam Sekitar Johor.

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+603-40160816 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+603-40160846

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 121

Mingguan 121

Bulanan 6417

Keseluruhan 357664

Bonus Gila Hari Ini Gates Of Olympus Bonus Wild Bandito Hari Ini Cara Dapat Maxwin Sweet Bonanza Dengan Pola Jam Gates Of Gatotkaca Hadirkan RTP Terbaik Jam Gacor Gatotkaca Yang Cocok Dapatkan Scatter Tips Dan Trik Kalahkan Mesin Game Online Trik Ampuh Dapatkan 3 Scatter Beruntun Mahjong Trik Dapatkan Scatter Mahjong Wins 3 Trik Pancing Auto Wild Mahjong Ways 2 Update Pola Wild Bandito Untuk Hindari Kekalahan Main Lucky Ox Dapatkan Cuan Besar Dengan Pola Gacor Incess Bantu Turunkan X500 Pola Gacor Olympus Terbaru Ahli Permudah Pola Gates Of Olympus 1000 Racikan Pro Pola Praktis Lucky Mouse Bikin Scatter Datang Pola Sweet Bonanza Xmas Bawa Kemenangan Pola Tembak Perkalian Merah Olympus RTP Lucky Ox Terbukti Gacor RTP Wild Bandito di PG Soft Malam Ini Starlight Princess 1000 Game Online Terpercaya Strategi Dapatkan Scatter Mahjong Wins Strategi Jitu Menang Maxwin Gates Of Olympus 1000 Strategi Main Lucky Phoenix Pancing Scatter Terungkap 3 Cara Dapatkan Jackpot Besar