

Super User
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.
28 Mei - Majlis Perutusan Hari Raya Aidilfitri dan Penyampaian Bungkusan Raya oleh Ketua Pengarah Hidrografi kepada semua warga Pusat Hidrografi Nasional, KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH dan KD SRI KLANG.
Tagged under
28 Mei - Suntikan inspirasi kepada warga Pusat Hidrografi Nasional untuk terus cemerlang. Ketua Pengarah Hidrografi menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018, Anugerah Kualiti Suku Tahun Pertama 2019 dan Sijil Pemenang Esei Maritim TLDM 2019.
Tagged under
28 Mei - Warga Pusat Hidrografi Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 819633 PW I HDI Mohd Kamaru bin Ariffin atas segala sumbangan dan khidmat bakti selama 26 tahun memerah keringat dan kudrat di dalam bidang Hidrografi khususnya dan TLDM amnya.
Tagged under
28 Mei - Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Hanafiah Hassan menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah KD LEKIU, Kdr Suhaimi Jumahat TLDM di pejabat KPH pada 29 Mei 19.
Tagged under
KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI MEMERINTAH JS IZUMO DAN PEGAWAI MEMERINTAH JS MURASAME
Published in
Info Terkini
Tuesday, 28 May 2019 07:48
28 Mei - Ketua Pengarah Hidrografi telah menerima Kunjungan Hormat daripada Pegawai Memerintah JS IZUMO Capt Katsuyoshi Motoyama dan Pegawai Memerintah JS MURASAME Cdr Shusaku Okada di Pejabat KPH pada 29 Mei 19.
Tagged under
27 Mei - Kaligrafi, seni tulisan tangan yang indah. Warga Pusat Hidrografi Nasional dan Japan Maritime Self Defence Force (JMSDF) mengambil kesempatan untuk berkongsi pengetahuan mengenai kaligrafi Jepun dan Jawi. Aktiviti ini secara tidak langsung membina hubungan 2 hala yang lebih baik antara TLDM dan JMSDF.
Tagged under
27 Mei - Lawatan oleh Pegawai dan Anggota Kapal JS IZUMO DAN JS MURASAME daripada Japan Maritime Self Defence Force (JMSDF) ke Pusat Hidrografi Nasional memperkukuhkan lagi hubungan antarabangsa antara TLDM dan JMSDF. Warga PHN turut berpeluang berkongsi pengalaman berkaitan hidrografi dengan JMSDF.
Tagged under
26 Mei - Dua buah Kapal Japan Maritime Self Defence Force (JMSDF) iaitu JS IZUMO (DDH) dan JS MURASAME (DD) telah membuat lawatan operasi ke Malaysia dan telah merapat di Bousted Cruise Centre, Pelabuhan Klang, Selangor bermula 26 Mei hingga 29 Mei 19. Lawatan ini bertujuan untuk ulang bekal logistik dan istirehat selain mengadakan sesi Seminar Humanitarian Asistance and Disaster Relief (HADR) melibatkan antara ATM dan agensi berkaitan bencana di Malaysia. Ketibaan kapal turut disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Laut dan Ketua Pengarah Hidrografi.
Tagged under
25 Mei 19 - Junjung Kasih, Kepten Yang Dipertua TLDM. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mencemar duli untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga TLDM di KD LEKIU. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany serta Pegawai-Pegawai Kanan TLDM. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut menyertai solat Maghrib yang diimamkan oleh Pegawai Staf Agama Markas Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ku Ibrahim bin Ku Mohamad secara berjemaah bersama kira-kira 100 warga TLDM di KD JEBAT.
Tagged under
24 Mei - Dua bersaudara KD LEKIU dan KD JEBAT buat julung kalinya merapat di Jeti Pangkalan TLDM Pulau Indah bagi Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama Warga TLDM yang akan dilaksanakan pada 25 Mei 19.
Tagged under