3 Mei - Pusat Hidrografi Nasional telah lulus dalam Audit Persijilan Semula MS ISO 9000:2015 yang berlangsung pada 2 hingga 3 Mei 19. Audit yang diketuai oleh Encik Fadhullah bin Rahmat selaku Ketua Auditor dan dibantu oleh Encik Akmar Hisham bin Saat dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah dimulakan dengan taklimat pembukaan Audit yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan manakala taklimat penutup audit pada 3 Mei telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Hidrografi Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said. Sijil sah diperakui hingga 20 Mei 2022.
Metodologi pelaksanaan audit pensijilan adalah memastikan pengurusan kualiti di PHN berlandaskan arahan kerja yang didaftarkan dan memenuhi kehendak sepertimana pensijilan ISO iaitu "Kompilasi Maklumat Hidrografi, Kartografi, Oseanografi dan Meteorologi merangkumi penerbitan Carta Nautika, Jadual Pasang Surut dan Laporan Alam Sekitar. Skop audit pensijilan semula adalah memastikan semua arahan kerja bagi setiap seksyen yang didaftarkan dipatuhi sepenuhnya.