1 Mei - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah menganjurkan Cabaran Joran 2019 sempena sambutan HUT TLDM Ke-85 pada hari ini 1 Mei 19 bertempat di Jeti Tambatan Pangkalan TLDM Pulau Indah. Acara ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 1,760 orang pengunjung termasuk 1,186 pemancing yang berdaftar dari negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Acara telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.15 petang. Sekaligus telah memecahkan rekod kehadiran pemancing yang teramai bagi aktiviti yang seumpama ini di peringkat TLDM.
Sebanyak 44 hadiah telah ditawarkan termasuk 3 hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM 10 ribu untuk tempat pertama, RM 2 ribu kedua dan RM 1 ribu ketiga. Upacara perasmian dan penyampian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi dan telah mendapat liputan daripada Berita Harian, Majalah Umpan dan The New Streets Times Press (M) Bhd. Tiada insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan. Secara keseluruhannya Cabaran Joran 2019 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif penganjuran.