16 Mei - Sumbangkan kasih sayang di bulan Ramadhan Al Mubarak.
Sabda Rasullah SAW yg bermaksud:
"Barangsiapa mengambil anak yatim dr kalangan muslimin dan memberinya makan dan minum, Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga kecuali bila ia berbuat dosa besar yg tidak terampuni." Hadis Riwayat Tirmizi.
Warga Pusat Hidrografi Nasional santuni anak-anak yatim dari Madrasah Ulum Quran Wal Hadith, Kg Rantau Panjang, Klang sempena Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Iftar Pangkalan TLDM Pulau Indah. Majlis turut disemarakkan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Hidrografi, Pengarah Kanan Hidrografi dan isteri Puan Norhiyati binti Hamid serta pegawai-pegawai kanan. Warga turut melaksanakan Solat Terawih dan diakhiri dengan jamuan moreh serta agihan bubur lambuk.