16 Mei - Buatlah orang lain gembira, maka Allah akan mengembirakan kita dengan perkara yang tidak disangkakan. BAKAT (L) PHN turut santuni anak-anak yatim Madrasah Ulum Quran Wal Hadith, Kg Rantau Panjang Klang semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Iftar Pangkalan TLDM Pulau Indah dengan memberi sumbangan duit raya yang disempurnakan oleh Ibu BAKAT (L) PHN Puan Norhiyati binti Hamid dan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SAAS Kdr Mohaizah binti Mohamed TLDM. Bersama Berbakti.