17 Mei - Ganjaran Ramadan 1440H buat Leftenan Muhammad Faisal bin Mohmad Zamir TLDM yang dinaikkan ke pangkat Leftenan TLDM mulai 13 Mei 2019. Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai ini dilaksanakan adalah sebagai pengiktirafan kepada pegawai yang dinaikkan pangkat. Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi dan Pengarah Kanan Hidrografi di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional. Ketua Pengarah Hidrografi turut memberikan ucapan kepada pegawai yang dinaikkan pangkat agar terus maju dan cemerlang dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Majlis disudahi dengan bacaan doa oleh Lt Muhammad Faisal bin Mohmad Zamir TLDM.