23 Mei - Memakmurkan malam-malam sepanjang bulan Ramadan adalah sunat dan amat dituntut oleh Rasullah SAW. Majlis Iftar dan Solat Sunat Tarawih Warga Wisma Indah memperkukuhkan kesatuan ummah antara warga wisma tanpa mengira agama dan bangsa. Jemputan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga ahli wisma. Ketua Pengarah Hidrografi turut hadir dalam mengimarahkan Majlis Iftar dan Solat Sunat Terawih anjuran komuniti Wisma Indah.