25 Mei 19 - Junjung Kasih, Kepten Yang Dipertua TLDM. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mencemar duli untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga TLDM di KD LEKIU. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany serta Pegawai-Pegawai Kanan TLDM. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut menyertai solat Maghrib yang diimamkan oleh Pegawai Staf Agama Markas Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ku Ibrahim bin Ku Mohamad secara berjemaah bersama kira-kira 100 warga TLDM di KD JEBAT.