Top Ad

 

BENGKEL PENGGUNAAN MYGDI EXPLORER KEPADA AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL MARIN MYGDI (JTMM) DI PUSAT INFRASTRUKTUR DATA GEOSPATIAL NEGARA (MACGDI)

PUTRAJAYA, 16 Ogos 19 – Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dengan kerjasama Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah mengadakan Bengkel Penggunaan MyGDI Explorer kepada ahli di bawah Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) pada 15 dan 16 Ogos 2019 di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.
Penganjuran bengkel ini merupakan salah satu aktiviti bagi ahli di bawah JTMM. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli JTMM mengenai sistem yang telah dibangunkan oleh pihak MaCGDI iaitu MyGDI Explorer. Sistem ini merupakan katalog metadata yang membolehkan pengguna mengakses dan menerbitkan maklumat geospatial secara atas talian. Seramai 39 wakil daripada agensi-agensi kerajaan dan Goverment Linked Company (GLC) yang mana merupakan ahli JTMM telah hadir di dalam bengkel ini.
Bengkel dimulakan dengan taklimat mengenai fungsi dan peranan MaCGDI dalam membangunkan Infrastruktur Data Spatial Kebangsaan (NSDI) dan diteruskan dengan penerangan umum mengenai Malaysian Metadata Standard serta sistem-sistem lain yang dikelolakan oleh MaCGDI. Sepanjang bengkel berlangsung, sebanyak 190 metadata telah berjaya dimuat naik oleh peserta bengkel ke dalam MyGDI Explorer dan mencapai objektif bengkel seperti yang dirancang.
PHN mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MacGDI serta semua agensi yang terlibat kerana telah memberi kerjasama yang sangat positif bagi menjayakan bengkel pada kali ini. Diharap dengan penganjuran bengkel ini kesemua ahli JTMM dapat memanfaatkan sistem dan aplikasi yang telah dibangunkan oleh pihak MaCGDI. PHN turut berharap dengan penggunaan hanya satu platform perkongsian maklumat geospatial seperti ini dapat mengelakkan pembaziran dari aktiviti-aktiviti bertindih dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyaluran data yang diperoleh oleh setiap agensi kerajaan dan GLC di Malaysia.

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 125

Mingguan 559

Bulanan 3104

Keseluruhan 236327