Top Ad

 

KEEP CALM AND ENJOY NHC FUN DAY

SUBANG, 7 Dis 19 - Sambutan Hari Keluarga Pusat Hidrografi Nasional (PHN) bagi tahun 2019 telah disambut meriah pada 7 Dis 19 di Kelab Menembak Selangor dengan slogannya "Keep Calm and Enjoy National Hydrographic Centre Fun Day". Sambutan Hari Keluarga 19 (HK19) ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada ahli keluarga warga Pusat Hidrografi Nasional yang menjadi tulang belakang dalam menyokong kerjaya pasangan masing-masing disamping mengeratkan hubungan sesama warga.

Warga PHN dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Maroon, Biru, Kelabu dan Hitam. Setiap kumpulan berjaya mewujudkan tema dan maskot mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Sambutan dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya dirasmikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said. Pelbagai acara sukaneka telah dianjurkan dan pemenang ditentukan berdasarkan jumlah kutipan mata setiap kumpulan.

Juara bagi HK19 telah diungguli oleh Kumpulan Pirate Black. Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Royal Blue dan tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan Light Grey manakala Kumpulan Maroon Heart di tempat keempat. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat memeriahkan Sambutan Hari Keluarga PHN 2019.

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 133

Mingguan 809

Bulanan 3354

Keseluruhan 236577