PULAU INDAH, 11 MAC 20 - Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Pusat Hidrografi Nasional (PHN) tahun 2020 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.
Pertandingan KIK PHN yang berlangsung pada 13 Feb 20 lalu telah disertai oleh 7 kumpulan yang mewakili Bahagian masing-masing. Johan bagi Pertandingan KIK PHN tahun 2020 dimenangi oleh Bahagian Tadbir iaitu projek e-Hydro. Tempat Kedua jatuh kepada Bahagian METOC dengan tajuk projek e-Tides manakala tempat Ketiga dimenangi oleh Bahagian Pencartaan dengan tajuk Print on Demand.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang. Semoga berjaya diperingkat seterusnya.