SKUDAI, 2 MAC 20 - Majlis Perasmian Kursus “Marine Geospatial and Cartography Programme Category B (FIG/IHO/ICA) 2020” yang disempurnakan oleh YBhg Prof Madya Sr Dr. Zulkarnaini Mat Amin, Pengarah Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM.
Kursus ini akan dilaksanakan selama 24 minggu bermula dari 2 Mac hingga 28 Ogos 20 dan diiktiraf sebagai Kategori B Kartografi (CAT B CARTO) oleh FIG/IHO/ICA merupakan program kolaborasi antara Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Kursus pada kali ini julung kali dihadiri oleh 6 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari kepakaran Hidrografi demi menyahut aspirasi PHN untuk melahirkan anggota TLDM yg kompeten dan bertaraf dunia setanding dengan negara maju.