PULAU INDAH, 15 Apr 20 - Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan meraikan kenaikan pangkat Navy People dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna. Majlis pemakaian pangkat melibatkan 5 orang Bintara Muda yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Bintara Kanan dan 4 orang Laskar Kanan yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Bintara Muda.
Warga Pangkalan TLDM Pulau Indah turut mengamalkan penjarakkan sosial sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi mencegah penularan wabak COVID-19. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang dinaikkan pangkat dan berharap dengan kenaikan pangkat tersebut menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang.