PULAU INDAH, 11 MAC 2021 - Rahsia Di Sebalik Israk dan Mikraj. Ceramah Israk Mikraj telah disampaikan oleh Pegawai Agama KD SAAS di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional bagi memperingati ibrah penting yang berlaku dalam peristiwa bersejarah tersebut.
Objektif ceramah tersebut adalah menghayati perjalanan Rasullah SAW yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah, mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan Rejab dan mengetahui peristiwa disebalik ibadat penting bagi umat Islam iaitu Solat.
