PULAU INDAH, 12 MAC 2021 - Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Insignia Kepakaran Hidrografi kepada Lt Yeganraj a/l Sivalingam TLDM, Kenaikan Pangkat anggota LLP yang terdiri daripada seramai 32 anggota, Sambutan Hari Kelahiran warga Pusat Hidrografi Nasional pada bulan Januari hingga Mac dan Meraikan Hari Wanita peringkat Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) di Wisma Laskar.
Tahniah diucapkan dan semoga lebih cemerlang demi perkhidmatan. Sedia Berkorban!