LUMUT, 27 APR 21 - Pusat Hidrografi Nasional telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Markas Terbaik TLDM bagi tahun 2020 bersempena Sambutan Hari TLDM Ke-87 yang telah berlangsung di Auditorium M. Sidek Shahbudin, Pangkalan TLDM Lumut hari ini.
Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah mewakili seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional untuk menerima Piala Pusingan Anugerah Markas terbaik TLDM, Sijil Penghargaan dan Replika Cek bernilai RM 5,000.00.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional di atas kerjasama yang telah diberikan. Bravo Zulu!