PULAU INDAH, 11 MEI 21 - Pengarah Geospatial, Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM telah menyampaikan Cek daripada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Bantuan Sejambak Kasih ATM kepada BK HDI Fakhruddin bin Ngah yang mengalami strok sejak tahun lepas. Sumbangan cek telah dilaksanakan di kediaman anggota iaitu di Kg Sg. Pinang, Pulau Indah. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban anggota.
