PULAU INDAH, 4 MEI 21 - Program Interaksi Virtual Staff Interaction (VSI) di antara TLDM dan Tentera Laut India telah berjaya dilaksanakan pada 4 Mei 21 secara atas talian dengan menggunakan platform CISCO WEBEX. VSI ini bertujuan membincangkan keperluan kerjasama yang telah dijalinkan kedua - dua negara setelah memeterai MoU Kerjasama Pertahanan sejak tahun 1993. TLDM diwakili oleh Laksma Razib bin Tahir (Panglima Angkatan Kapal Selam), Kept Ismail bin Othman TLDM (Pengarah Sumber Manusia - Pembangunan) dan Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM (Pengarah Geospatial).
