PULAU INDAH, 7 MEI 21 - Rekod tercipta apabila 107 beg darah berjaya didermakan oleh warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) di dalam Program Derma Darah sempena Hari TLDM Ke-87 yang berlangsung semalam sejurus selepas Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Berbuka Puasa Pangkalan. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Doktor dan Anggota KKD dari 95 HAT MIZAN, 94 HAT TERENDAK dan Markas 11 Briged kerana bertungkus lumus menjayakan Program Derma Darah PTPI. Terima kasih warga PHN! 1 beg darah mampu selamatkan 3 nyawa.