PULAU INDAH, 28 MEI 21 - Tahniah dan syabas buat warga Pusat Hidrografi Nasional kerana lulus dan berjaya mengekalkan kecemerlangan Sijil MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2021. Audit Pemantauan ISO 9001:2015 bagi PHN telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Mei 21 secara "Remote Audit" oleh Encik Ab Latif bin Kamarulzaman selaku Ketua Auditor dan dibantu oleh En Mohamad Khairul Fadhzrullah bin Mohamad daripada SIRIM QAS International
