PULAU INDAH, 28 JUL 21 - Lindung Diri, Lindung Semua. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua bagi pasangan dan anak berumur 18 tahun ke atas warga Pusat Hidrografi Nasional telah dilaksanakan dengan kerjasama PPAT REJ 311 TUDM JUGRA. Semua ahli keluarga yang terlibat telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memastikan penjarakan fizikal 1.5 meter, pemakaian pelitup muka dan penggunaan Hand Sanititizer sepanjang program imunisasi berlangsung.
