PETALING JAYA, 17 OGOS 21 - Majlis Graduasi Peserta Kursus Asas Pegawai Meteorologi (KAPM) Siri 2020/2021 anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia pada 17 Ogos 21 secara sidang video. Seramai 3 pegawai TLDM berkepakaran hidrografi turut menyertai kursus ini mulai 24 Ogos 2020. Tahniah diucapkan kepada Lt Mohd Fakhrurazzi bin Mohd Shukeri TLDM, Lt Mohammad Nizam bin Azhan TLDM dan Lt Muhammad Hafidz bin Abdul Halim TLDM.