PULAU INDAH, 18 OGOS 21 - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua Dos Kedua bagi pasangan dan anak berumur 18 tahun warga Pusat Hidrografi Nasional telah dilaksanakan dengan kerjasama PPAT REJ 311 TUDM JUGRA pda 18 Ogos 21. Semua ahli keluarga yang terlibat telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memastikan penjarakan fizikal 1.5 meter, pemakaian pelitup muka dan penggunaan Hand Sanititizer sepanjang program imunisasi berlangsung. Keluarga warga PHN dinasihati agar terus patuhi SOP walaupun telah divaksinasi dan kekal berjaga-jaga dalam semua aspek untuk sama-sama membendung pandemik ini. Lindung Diri, Lindung Semua.
