PULAU INDAH, 29 OKT 21 - Cawangan Pencartaan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah melaksanakan Kursus Asas Kartografi ataupun lebih dikenali sebagai Kursus Kategori C Kartografi mulai 18 hingga 29 Okt 21. Kursus ini telah dilaksanakan di Bilik Latihan Kartografi PHN. Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal Pelukis Carta terhadap kaedah dan piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh International Hydrographic Organisation (IHO) dan International Cartographic Association (ICA) dalam kerja-kerja penerbitan carta serta produk nautika. Kursus ini juga adalah prasyarat bagi melayakkan peserta untuk menghadiri Kursus Kategori B Kartografi kelak.


