PULAU INDAH, 9 DIS 21 - Webinar Sambutan Ulang Tahun East Asia Hydrographic Commission (EAHC) ke-50 telah dihoskan oleh Pusat Hidrografi dan Oseanografi Jepun (JHOD). Acara itu dihadiri oleh Ketua Hidrografi dari 10 Negara Anggota EAHC dan 67 peserta dari seluruh dunia. Perwakilan Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah Hassan.
EAHC telah ditubuhkan pada 12 April 1971 dan mesyuarat pertama EAHC di bawah inisiatif China, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Filipina dan Thailand manakala Republik Rakyat Demokratik Korea, Malaysia, Singapura dan Brunei telah menyertai suruhanjaya selepas itu.
Malaysia telah secara rasmi menyertai EAHC pada 23 Mac 1981. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) melalui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah agensi yang diberi mandat dalam penglibatan antarabangsa ini.