PULAU INDAH, 18 Mei 22 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS) di antara Kdr Haniyusman bin Osman TLDM dan Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Mantan Pegawai Memerintah KDSAAS iaitu Kdr Haniyusman bin Osman TLDM akan bertukar keluar ke KD MALAYA dan seterusnya menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM akan meneruskan legasi pemerintahan yang baharu selaku Pegawai Memerintah KDSAAS yang ke-8. Kdr Haniyusman bin Osman TLDM, Pegawai Memerintah KDSAAS yang ke-7 telah memegang tampuk pimpinan selama 1 tahun 2 bulan dan 16 hari mulai 13 Mac 2021 hingga 18 Mei 2022.