PULAU INDAH, 3 Mei 22 - Majlis Jasamu Dikenang sempena Pengunduran Mantan Ketua Pengarah Hidrografi ke-4, Pusat Hidrografi Nasional telah dilaksanakan bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde Shah Alam khas untuk memperingati jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh YBhg Laksamana Pertama (B) Sahak bin Omar sepanjang menabur bakti dan keringat dalam perkhidmatan. Majlis turut dihadiri oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan Datin Nor Hayati binti Abdullah. Majlis juga berasa bertuah dengan kehadiran mantan Ketua Pengarah Hidrografi ke-2 iaitu Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan dan Datin Hafsah binti Mohamed.