PULAU INDAH, 22 Jun 22 - Bersempena Hari Hidrografi Sedunia bagi tahun 2022, satu lawatan oleh murid-murid dari Sek Keb Pulau Indah 2 telah dilaksanakan ke Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan ke KD PERANTAU pada pagi ini. Program yang dilaksanakan adalah bagi menyebarkan dan memberi maklumat berkenaan peranan dan tanggungjawab PHN dalam bidang hidrografi. Kesemua murid kelihatan teruja dan gembira dalam program taklimat, kuiz dan lawatan yang dianjurkan. Semoga program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara orang awam dan ATM serta dapat menarik minat murid yang hadir untuk menyertai TLDM amnya dan HIDROGRAFI khasnya.