PULAU INDAH, 1 Julai 22 - Sambutan Hari Hidrografi Sedunia oleh #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional pada pagi ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Turut dilaksanakan acara penyampaian hadiah bagi Anugerah Pegawai, Bintara dan Laskar Berkualiti Suku Tahun, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2021 dan Pemenang Pertandingan Pemasangan Tide Pole dan Pengarasan sempena Hari Hidrografi Sedunia. Tahniah diucapkan kepada pegawai dan anggota yang berjaya dalam setiap anugerah dan pertandingan yang dianjurkan.