PULAU INDAH, 28 Julai 22 - Pengauditan terhadap Pengurusan Kewangan dan Pengesahan Jawapan Accountability Index Monitoring System (AIMS) Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tahun 2022 oleh Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA) Kementerian Pertahanan Malaysia mulai 18 hingga 27 Julai 2022. Pengauditan dan Pengesahan Jawapan AIMS bertujuan untuk memastikan PTJ PHN mematuhi tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa semasa mengurus dan menggunakan sumber berdasarkan objektif yang ditetapkan. Skop pengauditan merangkumi Kawalan Pengurusan, Bajet, Terimaan, Perolehan, Perbelanjaan, Pengurusan Aset dan Stor serta Pengurusan Kenderaan Kerajaan.