PULAU INDAH, 7 Okt 22 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional telah melaksanakan aktiviti senamrobik dan fun run sejauh 3km pada pagi ini bagi menyahut #HSN2022 pada kali ini. Aktiviti ini melibatkan seluruh warga PHN dan unit-unit di bawah naungan. Terdahulu, acara pada pagi ini telah dimulai dengan penyampaian hadiah bagi aktiviti sukan menembak yang telah dilaksanakan pada bulan Ogos 2022. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah KD SAAS, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. Ayuh kekalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti sukan serta riadah yang baik untuk kesihatan.