PULAU INDAH, 30 Nov 22 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah berjaya mengkoordinasikan Kursus Sistem Pengurusan Aset (SPA) TLDM pada 29 hingga 30 Nov 22 bagi Pegawai dan anggota LLP yang terlibat dengan Pengurusan Aset Kerajaan di PHN dan Unit Bawah Naungan (UBN). Kursus selama 2 hari ini turut dijayakan dengan bantuan tenaga pengajar yang berpengalaman dari Cawangan Pengurusan Aset, Bahagian Materiel, Markas Tentera Laut. Objektif pelaksanaan kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman peserta dalam aspek pengurusan aset selaras dengan prosedur dan tatacara Pengurusan Aset Kerajaan. Kursus ini juga melatih peserta agar dapat mengendalikan SPA TLDM dengan lebih baik dan efisien. Syabas diucapkan kepada semua peserta kerana telah menamatkan kursus dengan jayanya. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat digunakan dengan sebaik-baiknya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan Aset Kerajaan di peringkat PHN.