PULAU INDAH, 30 Nov 22 -Majlis Penutup Hydrographic Field Survey Project bagi Kursus Hidrografi UTM Hydro III FIG/IHO/ICA Kategori A - 2022. Majlis dimulakan dengan pembentangan projek akhir oleh penuntut kursus disusuli dengan Majlis Request Pleasure of Company (RPC) di Wisma Indah. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus di atas kejayaan menamatkan modul dengan jayanya. Semoga ilmu yang ditimba dapat digunakan dengan sebaik-baiknya di masa hadapan.