PULAU INDAH, 9 Dis 22 - Majlis Malam Ramah Mesra sempena Bengkel Pegawai Hidrografi 2022 telah dilaksanakan di Wisma Indah, Pusat Hidrografi Nasional pada malam ini. Majlis ini diadakan bagi merapatkan hubungan di kalangan pegawai terutamanya kepada pegawai dari unit luar PHN. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan serta seluruh ahli Wisma Indah.