PULAU INDAH, 10 JAN 23 - Majlis Serah Terima Tugas KPS T&K di antara Kdr Rajwani Madiah binti Mohamad TLDM dan Kdr Khairulniza binti Kamarulzaman TLDM telah dilaksanakan di Auditorium PHN pada 10 Jan 23. Majlis telah disaksikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Warga PHN ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Kdr Rajwani Madiah TLDM atas segala jasa bakti dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang beliau memikul perjawatan sebagai KPS T&K di PHN. Tahniah untuk pelantikan perjawatan baru dan ribuan terima kasih atas perkhidmatan anda. Selamat Maju Jaya kepada Kdr Rajwani Madiah TLDM di unit yang baharu and Welcome Aboard Kdr Khairulniza TLDM. YBhg Ketua Pengarah Hidrografi turut menyempurnakan Majlis Pemakaian Insignia Kepakaran Hidrografi kepada Lt Mohamad Faridzuan bin Mohamad Bakri TLDM yang telah menamatkan Kursus Pendidikan Spesialisasi Perwira (DIKSPESPA) Hidro Oseanografi (HIDROS) di Pusat Pendidikan (PUSDIK) HIDROS, Jakarta Utara, Indonesia. Tahniah diucapkan.