PULAU INDAH, 10 FEB 23 - Program Jiwa Murni Suku Pertama bagi Tahun 2023 dan Perasmian Blok Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Bandar Armada Putra telah dilaksanakan pada 9 dan 10 Feb 23. Program kali ini dianjurkan secara gotong-royong dengan kerjasama antara guru-guru KAFA Integrasi dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid al-Qayyum Bandar Armada Putra. Seramai 80 orang pegawai dan anggota pangkalan termasuk AJK Masjid Al-Qayyum serta guru-guru Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi terlibat dalam program kali ini. Perasmian Blok KAFA yang baru dengan nama panggilan ‘Blok Mutiara’ telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan. LK HDI Mohd Amirul Saswan bin Mohd Sukri telah dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan penamaan Blok KAFA yang telah dianjurkan oleh Cawangan Agama Islam pada 1 Feb 23 yang lalu. Program ini juga dilaksanakan selaras dengan keutamaan ke-3 dalam perutusan ulung Panglima Tentera Laut Ke-18, iaitu memperkasa etos dan etika ketenteraan.