PULAU INDAH, 13 APR 23 - Tanda Aras TLDM atau Benchmark Number 58 (BM 58) yang menjadi simbolik Pusat Hidrografi Nasional (PHN) kepada Ketua Pengarah Hidrografi yang ke-7. Tanda Aras TLDM merupakan teras utama dalam aktiviti pengukuran hidrografi dan pencartaan yang merujuk kepada aras Lowest Astronomical Tide (LAT) atau Datum Carta (CD). Aras LAT merupakan fenomena paras laut yang paling rendah berlaku setiap 18.6 tahun. Penubuhan benchmark dibina pada struktur tetap dan kukuh bertujuan untuk mengabadikan kedudukan CD setelah ianya ditentukan. Sehingga kini, PHN telah menubuhkan sebanyak 173 Tanda Aras TLDM di seluruh negara dan salah satunya adalah BM 58 yang menjadi benchmark utama PHN selaku penguasa hidrografi di Malaysia.