PULAU INDAH, 24 JUN 23 - Majlis yang bertemakan "The Grand Reunion” ini telah melibatkan seramai 71 orang pesara hidrografi TLDM “ex-droggies” dari kalangan pegawai dan anggota termasuk 5 orang mantan Ketua Pengarah Hidrografi. Majlis turut disertai oleh pegawai dan anggota hidrografi TLDM yang berkhidmat di unit dan agensi luar daripada PHN. Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk beramah mesra bersama pesara-pesara Hidrografi TLDM selain menghargai segala jasa, pengorbanan dan komitmen warga hidrografi terdahulu. Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tetamu jemputan menghadiri majlis yang dianjurkan ini. Diharap majlis seperti ini dapat dianjurkan lagi pada tahun-tahun mendatang.